Ikuti Kami:

“Saya Pegang Erat” – Video Peluk Song Jihyo Tular, Kim Jongkook Beri Penjelasan

“Saya Pegang Erat” – Video Peluk Song Jihyo Tular, Kim Jongkook Beri Penjelasan

Ramai yang seronok rupanya melihat keakraban hubungan antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.

Dalam episod terbaru “Radio Star”, Kim Jong-kook yang hadir sebagai tetamu telah bercerita lebih mengenai hubungan bersama Song Ji-hyo yang dikaitkan oleh netizen menerusi rancangan “Running Man”.

Kisah bermula apabila mereka bercerita mengenai saluran YouTube lelaki itu yang berjaya mencapai 2.8 juta pengikut kini. Malah salah seorang tetamu menyebut mengenai video ‘Gym Jongkook’ bersama Song Ji-hyo yang meraih 17 juta tontonan dan merupakan tontonan tertinggi di saluran itu.

Hos itu kemudian bertanya kepada Kim Jong-kook,

Satu video tular baru-baru ini. Tangan beradab awak semasa Song Ji-hyo memeluk erat awak.

kim jongkook

Jawab Kim Jong-kook,

Anda memerlukan kekuatan untuk memegang erat seperti itu. Saya terpaksa memikulnya menggunakan berat di bahu dan mengekalkannya seperti itu.

Malah dia juga tidak merasai apa-apa perasaan pun bila bertemu tetamu cantik di rancangn hiburan disertainya.

Sesuai kan dorang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...