Ikuti Kami:

“Saya Pegang Dada Song Jihyo” – Kelakuan Jeon Somin Buat Ahli Lelaki ‘Running Man’ Tergamam

“Saya Pegang Dada Song Jihyo” – Kelakuan Jeon Somin Buat Ahli Lelaki ‘Running Man’ Tergamam

Tak sah lah kalau “Running Man” tidak membuatkan penonton tergelak dek lawak tak dijangka setiap ahlinya.

Untuk episod terbaru ini, kesemua ahli telah menikmati waktu rekreasi (MT) musim sejuk bertempat di Gangwon-do.

Dalam salah satu slot masa yang ditetapkan pihak produksi, mereka perlu menghabiskan masa untuk tidur petang dalam bilik disediakan. Pun begitu, rata-ratanya lebih senang bersembang kosong dan mencari peluang untuk mencuri kad ‘pengecualian hukuman’ satu sama lain.

Meskipun menggunakan muslihat yang ada namun Haha gagal mendapatkan kad dimiliki Song Ji-hyo memandangkan ia disimpan kemas di dalam poket seluar wanita itu.

jeon somin song jihyo

Kemudian, Yang Se-chan menyuruh Jeon So-min merebut kad wanita itu meskipun ahli lain mengetahui bahawa tiada siapa boleh melawan kekuatan Song Ji-hyo,

Awak tak akan boleh menang..

Song Ji-hyo yang cuba menghalang perebutan itu telah menyelitkan kadnya ke dalam baju sendiri. Semasa pergelutan itu, Jeon So-min mengeluh hingga membuatkan ahli lelaki lain tergamam,

Bukan itu, saya terlalu memegang dada Song Ji-hyo hingga tak dapat berbuat apa-apa.

Balas Song Ji-hyo,

Saya okay sahaja.

jeon somin song jihyo

Keluh Haha,

Apa yang kami boleh buat..

Macam-macam lah dorang ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...