“Saya Keseorangan..” – Jeon Somin Menangis Dengar Pujukan Ahli ‘Running Man’
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Rasanya ramai yang bersetuju kalau ada yang kata bahawa “Running Man” lebih seronok bila tiada tetamu.
Dalam episod terbaru program itu, kesemua ahli telah dibawa bercuti musim sejuk di kawasan Gangwon-do.
Pada ketika slot tidur petang, mereka telah berkumpul untuk menjalani aktiviti rekreasi. Segmen pertama ialah ‘Perbualan Bersama Senior’ dan Jeon So-min mula meluahkan kerisauan yang membelenggu dirinya kini,
Saya berasa susah untuk berjumpa orang sekarang.

Kim Jong-kook kemudian berkongsi rutinnya pada setiap hari yang banyak bersendirian seperti bangun pagi, bersenam dan pulang ke rumah hingga membuatkan wanita itu menangis,
Saya pun begitu
Jelas Jeon So-min lagi,
Rugi menghabiskan masa seorang diri kerana masa muda ini adalah berharga. Saya mahu memanfaatkan waktu ini sebaiknya.

Mendengarkan pujukan ahli yang lain yang memahami situasinya, luah Jeon So-min,
Saya berasa lega selepas mendengar nasihat abang-abang.
Hidup ini memang berseorangan pun..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




