Ikuti Kami:

“Saya Pasti Tahu” – Lee Kwangsoo Gelabah Tak Dapat Jawab Soalan Berkaitan Lee Sunbin

“Saya Pasti Tahu” – Lee Kwangsoo Gelabah Tak Dapat Jawab Soalan Berkaitan Lee Sunbin

Lee Kwang-soo memang acap kali diusik mengenai kekasihnya, yang juga merupakan seorang pelakon Lee Sun-bin.

Terbaru, lelaki itu telah menyertai program “Amazing Saturday” bersama Seol-hyun bagi mempromosikan drama terbaru mereka di tvN iaitu “The Killer’s Shopping List”.

Walau bagaimanapun, Lee Kwang-soo mengalami kesukaran apabila gagal mengenali beberapa lagu yang berkaitan dengannya seperti “Forbidden Game” nyanyian Turbo yang dianggotai Kim Jong-kook serta lagu OST drama dilakonkannya iaitu “It’s Okay That’s Love”.

lee kwangsoo lee sunbin

Makin parah apabila lelaki tinggi lampai itu tidak dapat meneka OST drama “Work Later, Drink Now” nyanyian Lee Sun-bin yang merupakan kekasihnya dan turut berlakon di dalam siri itu. Walaupun dibantu yang lain namun Lee Kwang-soo hanya menyedarinya selepas Shin Dong-yeob memberikan jawapan yang betul dan terus diusik ahli “Amazing Saturday”,

Boleh ke kita siarkan bahagian ini?

lee kwangsoo lee sunbin

Jawab Lee Kwang-soo,

Saya tahu, semestinya tahu. Saya selalu mendengarnya. Pagi ini pun saya ada memainkannya.

Seloroh Boom,

Awak pasti tahu siapa penyanyi kan, kalau begitu?

lee kwangsoo lee sunbin

Dek soalan yang tidak disangka itu, Lee Kwang-soo sekali lagi terkesima dan menjadi bahan ketawa semua.

Nasiblah Lee Kwang-soo..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...