Ikuti Kami:

Lee Sunbin Respon Peminat Kongsi Kisah Palsu Terserempak Dia & Lee Kwangsoo Dating

Lee Sunbin Respon Peminat Kongsi Kisah Palsu Terserempak Dia & Lee Kwangsoo Dating

Seronok tengok kebahagiaan Lee Sun-bin dan Lee Kwang-soo kan?

Terbaru, Lee Sun-bin dan Seo Young-hee telah menyertai sebuah rancangan radio bagi mempromosikan filem “Air Murder”.

Dalam salah satu segmen siaran langsung itu, seorang pendengar telah berkongsi cerita mengenai kisah terserempak dengan pasangan itu,

Saya nampak awak tak lama dulu dan sepertinya awak sedang dating. Saya kagum melihat pemandangan itu jadi saya terus memandang. Kemudian Lee Kwang-soo datang dan berkata, ‘Pertama kali ke tengok selebriti?’

lee sunbin

Lee Sun-bin hanya tertawa dan menjawab,

Lahi sekali.. Saya memerhatikan semuanya. Saya terfikir, ‘Adakah patut kita hentikan atau sambung lagi reka khabar angin ini?’

Jangan salah faham! Kisah palsu yang dikongsikan ini sebenarnya merupakan usikan atau ‘prank’ yang dilakukan buat Lee Kwang-soo semasa dia menghadiri siaran radio yang sama pada tahun lalu. Ketika itu, para peminat seronok melihat lelaki itu terkesima mendengar kisah rekaan seperti ‘Dia terlalu lapar hingga menelan sekali botol yang diberikan’ dan ‘Dia menumpang trak kutip sampah’. Oleh sebab itu, mereka menyambung usikan itu buat Lee Sun-bin pula.

lee sunbin lee kwangsoo

Seronok korang mengusik pasangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...