Ikuti Kami:

“Saya Panik & Nangis” – Ju Jihoon Kongsi Kesukaran Belajar Bahasa Arab Untuk Filem Baru

“Saya Panik & Nangis” – Ju Jihoon Kongsi Kesukaran Belajar Bahasa Arab Untuk Filem Baru

Bukan mudah untuk belajar bahasa baru selain dari bahasa ibunda kita kan?

Terbaru, Ju Ji-hoon telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tayangan filemnya “Ransomed”.

Dalam filem ini, Ju Ji-hoon akan memainkan watak sebagai Pan-soo, seorang pemandu teksi Korea yang bekerja di Lubnan dan fasih berbahasa Arab.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu mendedahkan betapa sukar buatnya untuk belajar dan bercakap dalam bahasa Arab buat pertama kali,

Pada hari pertama, selama 20 minit, saya tidak dapat melakukan penggambaran kerana terlalu panik. Saya terus menangis setiap malam.

Sambungnya lagi dengan menjelaskan sebabnya,

Ini kerana saya tidak faham dan menghafalnya. Setiap kali ada dialog bahasa Inggeris dan saya tidak faham, ia sudah biasa dan masih boleh dipelajari. Tapi kalau bahasa Arab, saya kenal hafal satu siri huruf, bukan satu perkataan.

ju jihoon ransomed

Kemudian, Ju Ji-hoon turut berkongsi caranya untuk bertutur dalam bahasa Arab dengan berkata,

Saya akan berlatih dialog Arab sambil turut melakonkan babak itu.

Sementara itu, filem “Ransomed” akan ditayangkan bermula pada 2 Ogos ini.

Jangan lupa sokong Ju Ji-hoon tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...