Ikuti Kami:

Konsert Berhenti Seketika Untuk Peminat Di Malaysia Solat Maghrib, Tindakan Bang Yongguk Dipuji Netizen

Konsert Berhenti Seketika Untuk Peminat Di Malaysia Solat Maghrib, Tindakan Bang Yongguk Dipuji Netizen

Ada tak yang pergi konsert Bang Yong-guk di Kuala Lumpur semalam?

Untuk pengetahuan, Bang Yong-guk telah mengadakan konsert jelajah di Shantanand Auditorium, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ribuan peminat.

Khususnya, konsert tersebut yang bermula pada jam 7PM, telah berhenti seketika buat 15 minit bagi memberi ruang buat peminat beragama Islam melaksanakan solat Maghrib.

Menarik perhatian, penyanyi lelaki itu sendiri telah membuat pengumuman tersebut dan menjelaskan terlebih dahulu kepada peminat dari luar negara yang turut hadir, mengenai waktu rehat itu ketika konsertnya di Malaysia.

Selepas video itu tersebar, netizen rata-rata memuji sikap prihatin Bang Yong-guk kepada budaya dan agama di Malaysia dengan menulis,

Datang konsert tapi tak risau tentang solat. Ini yang kita mahu!

 

Bang Yong-guk memang green flag.

 

Ini sangat sweet, dia tidak diwajibkan untuk berbuat demikian tetapi dia tetap melakukannya.

 

Dia sentiasa bersikap gentleman sejak debutnya.

Bagus la Bang Yong-guk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...