Ikuti Kami:

“Saya Gembira” – Zayyan Muslim Pertama Dari Indonesia Debut Jadi Idola K-Pop

“Saya Gembira” – Zayyan Muslim Pertama Dari Indonesia Debut Jadi Idola K-Pop

Nampaknya, pengaruh K-Pop semakin akan terus berkembang di pelbagai negara kini.

Terbaru, kumpulan lelaki XODIAC dengan 9 ahli telah melakukan debut mereka secara rasmi dengan single digital berjudul “Throw A Dice”.

Khususnya ketika di sidang media untuk penampilan sulung mereka, Zayyan, salah seorang ahli kumpulan tersebut telah berkongsi perasaannya menjadi lelaki Indonesia pertama yang berjaya debut sebagai idola K-Pop.

Luah lelaki itu,

K-Pop sangat popular di Indonesia dan saya juga menyukainya. Jadi, saya bermimpi untuk menjadi penyanyi. Saya sangat gembira untuk debut.

Untuk pengetahuan, Zayyan atau nama penuhnya Muhammad Rifki Fahri Zayyan dilahirkan pada 23 Februari 2000 dan berasal dari Tangerang, Indonesia.

Dengarkan lagu debut XODIAC di atas dan teruskan menyokong mereka ok!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...