Ikuti Kami:

Selepas Manila, ‘Running Man’ Bakal Adakan Acara Pertemuan Peminat Di Malaysia Pula?

Selepas Manila, ‘Running Man’ Bakal Adakan Acara Pertemuan Peminat Di Malaysia Pula?

Adakah ahli “Running Man” akan menemui peminat di Malaysia tak lama lagi?

Baru-baru ini, ahli “Running Man” iaitu Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Haha, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yang Se-chan dan Jeon So-min telah mengadakan acara pertemuan peminat “A Decade Of Laughter” di Manila, Filipina.

Untuk pengetahuan, itu merupakan kali pertama dalam empat tahun mereka mengadakan perjumpaan peminat dan persembahan secara luar talian, selepas di Vietnam pada Disember 2019.

Selain itu, lebih 15,000 peminat telah memenuhi Arena di Manila dan semua ahli seronok menghiburkan peminat dengan tarian dan nyanyian.

running man fan meeting

Dengan sambutan hangat yang diterima, ramai peminat menjangkakan acara tambahan di Vietnam dan Malaysia dek “Running Man” turut popular di negara tersebut.

Haa dah boleh simpan duit ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...