Ikuti Kami:

“Saya Okay” – Pulang Dari Penggambaran Filem Di Thailand, Kim Seonho Diserbu Wartawan Korea

“Saya Okay” – Pulang Dari Penggambaran Filem Di Thailand, Kim Seonho Diserbu Wartawan Korea

Nampaknya ramai yang teruja apabila melihat Kim Seon-ho mula perlahan-lahan menyapa umum kini.

Terbaru, pelakon lelaki itu dilihat pulang ke Korea selepas penggambaran hampir dua minggu di Thailand untuk filem “Sad Tropics” dan para wartawan tidak melepaskan peluang untuk bertemu mata dengannya setelah sekian lama.

kim seonho

Memenuhi perkarangan pintu ketibaan di Lapangan Antarabangsa Incheon, Kim Seon-ho terus diserbu sekumpulan wartawan yang sekian lama menantikannya. Menundukkan kepala, pengurus lelaki itu kemudian terpaksa masuk campur namun Kim Seon-ho meyakinkan bahawa dia okay sahaja.

Terdahulu, Kim Seon-ho terpalit kontroversi melibatkan pendedahan bekas kekasihnya di mana lelaki itu dituduh memaksanya menggugurkan anak mereka meskipun berjanji untuk berkahwin. Walau bagaimanapun, sentimen umum berubah selepas Dispatch berkongsi mengenai perangai sebenar wanita itu.

Semoga Kim Seon-ho baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...