Ikuti Kami:

Lama Tiada Khabar Berita, Kim Seonho Dilihat Berada Di Thailand Bagi Penggambaran Filem ‘Sad Tropics’

Lama Tiada Khabar Berita, Kim Seonho Dilihat Berada Di Thailand Bagi Penggambaran Filem ‘Sad Tropics’

Mesti ramai peminat menantikan berita mengenai Kim Seon-ho kan?

Pada 31 Mac, Kim Seon-ho dilihat berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, yang mana telah menggembirakan ramai peminat yang menunggu khabar berita dari pelakon itu. Laporan mengatakan bahawa dia telah berlepas ke negara itu pada 31 Mac dan kini sedang menjalankan penggambarannya di Phuket.

Setelah tersebarnya gambar Kim Seon-ho di Lapangan Terbang Bangkok, ramai peminat di Thailand telah menyambutnya dengan tangan terbuka.

Puluhan media tempatan turut menulis artikel mengenai bintang itu. Akhbar harian nasional berbahasa Thai Matichon, menulis,

Jeritan teruja peminat memenuhi lapangan terbang apabila bintang Hometown Cha-Cha-Cha keluar dari pintu pagar. Peminat yang datang menemui selebriti itu menjerit ‘Kekal sihat dan gembira’ sambil melambai tangan ke arah bintang kesayangan mereka.

kim seonho in thailand

Selain itu, dilaporkan bahawa tujuan Kim Seon-ho berada di Thailand adalah untuk menjalani penggambaran bagi filem “Sad Tropics”, yang turut dibintangi Go A-ra, Kim Kang-woo dan Kang Tae-joo.

Sementara itu, “Sad Tropics” merupakan filem noir mengenai seorang bekas peninju yang melarikan diri selepas menjadi sasaran figura misteri.

Akhirnya, Kim Seon-ho kembali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...