Ikuti Kami:

Hanya Filem ‘Sad Tropics’, Kim Seonho Pilih Untuk Tolak Semua Tawaran Lakonan Tahun Ini

Hanya Filem ‘Sad Tropics’, Kim Seonho Pilih Untuk Tolak Semua Tawaran Lakonan Tahun Ini

Mungkinkah kita terpaksa menunggu dengan lebih lama untuk menyaksikan Kim Seon-ho kembali aktif?

Walaupun dinamakan sebagai antara selebriti yang bakal bersinar untuk tahun 2022 ini, namun lelaki itu dilihat lebih senang menjauhkan diri daripada perhatian media sejak terpalit dengan kontroversi melibatkan bekas kekasihnya pada tahun lalu.

Menurut wakil Kim Seon-ho, dia tidak akan menyertai mana-mana projek lakonan lain melainkan filem “Sad Tropics” untuk tahun ini di mana penggambaran sedang dijalankan kini. Khabarnya, semua tawaran yang diterima telah pun ditolak oleh lelaki itu.

kim seonho

Malah huluran tangan daripada industri pengiklanan turut menerima nasib yang sama. Lelaki itu menolak dengan hormat iklan baru termasuklah tawaran untuk menyambung kontrak sedia ada. Bukan itu sahaja, pelan untuk mengadakan perjumpaan peminat luar negara juga ditolak dengan alasan mahu fokus dengan pengeluaran filem sahaja buat masa ini.

Dalam pada itu, menerusi laman web SALT Entertainment, dapat dilihat bahawa hanya penggambaran “Sad Tropics” yang tersenarai sebagai jadualnya untuk Januari ini.

schedule kim seonho

Mungkin Kim Seon-ho masih lagi mahu berehat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...