Ikuti Kami:

“Saya Nantikan” – V Ulas Aktiviti BTS Pada Masa Akan Datang

“Saya Nantikan” – V Ulas Aktiviti BTS Pada Masa Akan Datang

Nampaknya, V BTS makin sibuk selepas terlibat dalam rancangan “Jinny’s Kitchen” dan melakukan penggambaran bersama “ELLE KOREA”.

Baru-baru ini, salah seorang ahli dari kumpulan BTS iaitu V telah muncul sebagai tetamu dalam sebuah video “ELLE KOREA” di saluran YouTube.

Dalam video tersebut, penyanyi itu diberi soalan untuk memilih sama ada V atau Kim Tae-hyung menerusi emoji yang dipilihnya. Kemudian, dia memilih emoji harimau yang merujuk kepada V dan berkata,

Saya mempunyai pemikiran dimana saya perlu kelihatan kuat dan berkarisma apabila saya naik ke atas pentas sebagai V.

v bts elle korea

Seterusnya, dia juga turut mengulas tentang namanya iaitu Kim Tae-hyung bersama emoji beruang.

Emoji beruang ini merujukkan imej Kim Tae-hyung kerana pergerakan saya agak perlahan. Jadi, ARMY memberitahu saya bahawa beruang sangat menyerupai diri saya sebagai Kim Tae-hyung.

Selain itu, V juga ditanya bagaimana dia menggambarkan BTS pada tahun 2023 menggunakan emoji.

Selepas mendengar soalan itu, bintang idola tersebut menjawab dia memilih emoji hati dan orang berwarna ungu dimana ia mewakili warna ARMY.

Jelasnya,

Seperti BTS dan juga ARMY, kami membakar hati berwarna ungu bagi menunggu. Disebabkan tiada aktiviti berkumpulan kini, sama-sama kita menantikan aktiviti bersama.

Sekadar info, V sedang muncul dalam rancangan “Jinny’s Kitchen” bersama Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon dan Choi Woo-shik.

Takpe, ARMY akan setia menunggu BTS.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...