Selamat hari jadi Choi Woo-shik!

Terbaru pada 26 Mac, Choi Woo-shik telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 bersama sahabat rapatnya dari ‘Wooga Squad’ iaitu Park Seo-joon, Park Hyung-sik, Peakboy dan V BTS.
Menerusi gambar yang dikongsi pelakon “Parasite” itu di laman Instagram, kesemua mereka kelihatan seronok dapat meluangkan waktu bersama. Tulis Choi Woo-shik,
Saya mempunyai hari lahir yang baik!
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, ramai teruja melihat persahabatan lima sahabat itu, yang sanggup berkumpul demi menyambut hari gembira rakan mereka.
Dalam pada itu, Choi Woo-shik, Park Seo-joon dan V BTS sedang muncul dalam program “Jinny’s Kitchen”, spin-off dari “Youn’s Kitchen” yang akan mengikuti ahli membuka restoran menjual makanan jalanan Korea di Mexico.
Happy birthday Choi Woo-shik!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉