Selepas 12 episod, drama “The Queen Who Crowns” telah pun melabuhkan tirainya.
Diterajui Cha Joo-young dan Lee Hyun-wook, “The Queen Who Crowns” sering menjadi bualan disebabkan adegan eksplisit yang sering dipaparkan dalam drama itu.
Dalam satu temu bual, Lee Hyun-wook berkongsi perasaannya kerana harus merakam banyak adegan provokatif dalam siri tersebut. Luahnya,
Saya biasanya cenderung untuk mengelakkan adegan matang. Saya rasa pelakon dan pasukan produksi harus lebih banyak berkomunikasi tetapi selepas menonton siaran, saya sedar ianya tidak mencukupi. Saya banyak menangis selepas menonton tayangan drama itu. Ia menyakitkan dan saya mula meragui lakonan saya sendiri.
Meskipun menerima pujian dari penonton, lelaki itu akui bahawa dia tetap berasa tak puas hati dengan lakonannya,
Walaupun orang luar mengatakan mereka seronok menontonnya, tetapi secara dalaman, saya rasa seperti berjalan di atas mata pisau. Ia amat sukar sehingga saya tertanya-tanya sama ada saya akan pulih. Namun apabila masa berlalu, saya mula menerimanya dan perspektif saya telah meluas.
Sementara itu, episod terakhir “The Queen Who Crowns” telah berjaya mencatat rating tinggi mencecah 6.6% di seluruh negara.
Ok je kan korang Lee Hyun-wook berlakon dalam drama ni?