Baru satu episod ditayangkan, drama “The Queen Who Crowns” telah meraih perhatian dengan adegan mengghairahkan antara watak utama.
Diterajui Cha Joo-young dan Lee Hyun-wook, drama ini akan menyelidiki hubungan huru-hara antara Ratu Wongyeong dan suaminya Raja Taejong Lee Bang-won, di mana mereka meneroka perebutan kuasa, rahsia dan dinamik yang tersembunyi di bawah pakatan politik.
Dalam episod pertama yang disiarkan, penonton terkejut melihat adegan eksplisit Lee Bang-won bersama watak Cha Joo-young dan juga gundiknya, meningkatkan lagi ketegangan drama.
Untuk pengetahuan, Lee Bang-won adalah raja Joseon pertama yang membenarkan amalan gundik di sana, meskipun dia sendiri dah berkahwin selama 40 tahun dengan Ratu Wongyeong.
Bagaimanapun, versi 19+ drama ini hanya boleh ditonton secara eksklusif di platform TVING, manakala versi 15+ akan disiarkan di tvN.
Sementara itu, “The Queen Who Crowns” telah bermula dengan rating kukuh iaitu mencecah 4.9% di seluruh negara.
Korang layan ke drama ni?