Tak dinafikan bahawa Yoo Yeon-seok dan Chae Soo-bin sememangnya mempunyai keserasian mantap dalam “When the Phone Rings”.
Untuk episod terakhir, Baek Sa-eon dan Hong Hee-joo akhirnya menemui kebahagian dalam rumah tangga mereka dan akhirnya dapat bersatu semula selepas mengharungi pelbagai rintangan.
Selain itu, adegan ranjang antara kedua watak tersebut juga turut mendapat perhatian sehingga meraih jutaan penonton. Mengenai babak ini, Yoo Yeon-seok bercerita,
Pasangan itu yang telah berjauhan dari segi emosi selama tiga tahun berhubung semula melalui panggilan telefon yang mengancam. Selepas banyak kekacauan, mereka akhirnya bersatu semula selepas lama berpisah.
Sambungnya,
Saya fikir itu adalah malam pertama mereka bersama jadi, saya mahu merakamnya dengan cantik dan teliti, menggambarkan malam pertama pasangan yang dah lama berkahwin.
Mengenai persiapannya bersama Chae Soo-bin untuk merakam adegan tersebut, lelaki itu berkongsi,
Saya banyak berkongsi idea dengan Hee-joo. Kami membincangkan tentang nada yang ingin disampaikan dan juga melihat video rujukan bersama.
Memang serasi kan mereka?