Rasanya semua bersetuju kalau ada yang mengatakan bahawa Jung Sung-il merupakan bintang hebat yang berjaya diteroka dek kejayaan “The Glory”.
Menerusi temubual eksklusif bersama majalan Esquire Korea, lelaki tersebut telah ‘membuka’ lebih mengenai dirinya bagi melunaskan pertanyaan peminat.
Ditanya mengenai popularitinya yang melonjak naik dek “The Glory”, jawabnya merendah diri,
Saya merasakan yang saya bertuah sangat. Kerana penulis pandai menulis skrip dan pengarah yang pandai merakamkan drama itu. Sebab itu, setiap kali mendengar mengenai hal ini, saya akan berterima kasih buat staf. Pertama sekali, para staf telah banyak bersusah payah.
Apabila wajahnya dipuji dan dikatakan masih kelihatan sama seperti ketika dahulu, balasnya,
Saya dah tua. Saya meningkat usia dengan baik.
Merendah diri betul Jung Sung-il.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉