Ikuti Kami:

“Saya Minum Lopak Air..” – Jung Sungil Kongsi Kehidupan Susah Semasa Kecil

“Saya Minum Lopak Air..” – Jung Sungil Kongsi Kehidupan Susah Semasa Kecil

Siapa sangka wajah tenang Jung Sung-il sebenarnya menyimpan rahsia masa kecil yang kelam.

Ketika menjadi tetamu “You Quiz On The Block”, lelaki yang mengecap populariti menerusi “The Glory” telah berkongsi mengenai kehidupan lampau yang sukar,

Saya lambat bertemu ibu. Dia sakit dan menjalani rawatan di tempat yang jauh.

Jelasnya,

Ayah saya berjiwa bebas jadi dia tidak tinggal di rumah. Semasa tahun ketiga di sekolah menengah, ibu saya mula pulih dan kembali. Dia bertanya sekiranya saya mahu ke kolej meskipun saya tak pernah belajar. Ibu saya kemudiannya menasihati agar saya memberikan fokus kepada kemahiran praktikal. Dia yang memberitahu mengenai jabatan penyiaran dan hiburan. Kerana itu, saya menjadi pelakon.

jung sungil

Tangisi lelaki tersebut,

Sejak ibu ayah tiada, kakak saya seperti orang tua saya. Nenek saya ada tapi dia mengalami kesukaran untuk menggerakkan badan. Pada ketika itu, saya dan kakak bersekolah rendah. Kami menjaganya dan membersihkan najis dan air kencing.

Kongsinya lagi,

Kami tinggal di sebuah rumah kecil bersama dan nenek saya meninggal dunia semasa saya di gred 6. Kakak membesarkan saya hingga kami bertemu ibu semula. Jarak umur kami hanya 2 tahun.

jung sungil

Jung Sung-il juga tidak segan mendedahkan mengenai kesukaran hidupnya dahulu,

Saya minum air dari celahan jalan semasa menantikan kedatangan kakak. Saya menunggu pasir untuk tenggelam dan kemudian saya mengisi perut dengan air itu.

Hidup Jung Sung-il bukan senang sahaja..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...