Ikuti Kami:

“Kami Berpisah Lama” – Jung Sungil Kongsi Kisah Cinta Berliku Selama 21 Tahun Bersama Isteri

“Kami Berpisah Lama” – Jung Sungil Kongsi Kisah Cinta Berliku Selama 21 Tahun Bersama Isteri

Selepas pendedahan mengenai perkahwinannya pada minggu lalu, ramai ternanti-nanti kisah penuh percintaan Jung Sung-il bersama isterinya.

Dalam episod terbaru “You Quiz On The Block”, pelakon yang popular menerusi “The Glory” itu menjelaskan bahawa dia sudah pun 7 tahun bergelar suami,

Saya mengenalinya menerusi rakan kepada rakan semasa awal 20-an, selepas menamatkan latihan ketenteraan.

Pada ketika itu, isterinya merupakan seorang pelajar jurusan alat muzik organ dan sedang menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.

jung sungil wife

Semasa sedang menyemak e-mel untuk hal lain di pusat komputer pada suatu hari, lelaki itu menerima pesanan ‘Awak sihat ke?’ sekaligus memulakan perhubungan jarak jauh antara mereka,

Dari jauh, saya menghantar e-mel ‘Mari bercinta’. Kami bercerita segala kesukaran yang dilalui dan 3 tahun berjauhan.

Usik Yoo Jae-suk,

Ini ialah percintaan siber.

Apabila ditanya sekiranya mereka berasa janggal ketika bersemuka selepas 3 tahun, jawab Jung Sung-il,

Lebih dari kekok, kami berasa berbunga kerana sekian lama tidak bertemu.

Walau bagaimanapun, pasangan itu pernah berpisah selepas 3 tahun bercinta dan kembali berjanji temu 8 tahun kemudian. Ceritanya mengenai situasi itu,

Dia tetap menghubungi ibu saya meskipun berada di Amerika Syarikat pada ketika itu.

jung sungil wife

Rupanya isterinya pada ketika itu menjaga ibunya yang sakit tanpa pengetahuan dia dan kakaknya. Pun begitu, mereka tanpa sengaja bertemu di hospital dan memutuskan untuk kembali menjalinkan hubungan cinta sebelum membuat keputusan untuk berkahwin 3 bulan kemudian.

Ulas Yoo Jae-suk dan Yoo Jae-suk, ini bermakna Jung Sung-il dan isterinya bercinta menerusi siber selama 3 tahun, bercinta bersemuka 3 tahun, berpisah 7 tahun, bersama semula 3 bulan dan berkahwin 7 tahun,

Hebat betul.

Kisah cinta macam K-Drama tau.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...