Ikuti Kami:

“Saya Nak Rehat..” – Dibuli Selama 12 Tahun Di Sekolah, Mangsa Sebenar ‘The Glory’ Pyo Yerim Ditemui Mati

“Saya Nak Rehat..” – Dibuli Selama 12 Tahun Di Sekolah, Mangsa Sebenar ‘The Glory’ Pyo Yerim Ditemui Mati

Kes buli di Korea telah menjadi sesuatu perkara yang biasa didengar..

Terbaru pada 10 Oktober, Balai Polis dan Bomba Busan telah menerima laporan bahawa Pyo Ye-rim telah maut selepas terjatuh ke dalam takungan air. Selepas tiba di tempat kejadian, mereka segera memulakan pencarian dan berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 4:20 petang.

Meskipun telah segera dikejarkan ke hospital berhampiran malangya, wanita itu disahkan meninggal dunia.

Untuk pengetahuan, Pyo Ye-rim merupakan mangsa keganasan sekolah selama 12 tahun, di sekolah rendah dan menengah. Di satu video yang dimuat naiknya, dia telah mendedahkan pelakunya, yang sedang menjalani kehidupan yang ‘senang’ dan pekerjaan yang dihormati kini.

Pada masa itu, kes bulinya telah meraih perhatian ramai kerana ceritanya mirip dengan watak Moon Dong-eun dalam siri popular Netflix “The Glory”.

 

 

Sebelum bunuh diri, dia juga telah memuat naik satu video di YouTube dengan berkata,

Ia adalah nota bunuh diri saya. Saya mahu berada di tempat di mana saya boleh berehat sekarang. Saya telah kehilangan semua keyakinan dalam keupayaan saya untuk memerangi ini. Tolong jangan berhenti melihat kes saya.

Sementara itu, Pyo Ye-rim dilahirkan pada Julai 1996 dan berusia 27 tahun kini. Selepas mendengar berita sedih itu, ramai orang telah menyampaikan ucapan takziah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...