Ikuti Kami:

Bikin Hati Panas, Mesti Tonton 5 K-Drama Tema Balas Dendam Ini Selain ‘The Glory’

Bikin Hati Panas, Mesti Tonton 5 K-Drama Tema Balas Dendam Ini Selain ‘The Glory’

Selepas “The Glory” menerima sambutan hebat, K-Drama yang membawa tema balas dendam mula mendapat perhatian ramai.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama genre balas dendam yang korang boleh tonton semasa bosan!

The Innocent Man

Apabila jiran yang lebih tua dan cinta pertama Kang Ma-ru, Han Jae-hee, meninggalkannya untuk berkahwin dengan seorang CEO yang kaya, dia membesar beberapa tahun kemudian menjadi seorang playboy yang tidak berhati perut untuk membalas dendam.

Untuk membalas dendam pada gadis yang telah menghancurkan hatinya, dia meminati Seo Eun-gi, seorang waris chaebol yang dingin serta merupakan anak kepada lelaki yang dikahwini Han Jae-hee.

Saluran: Netflix, VIU

Monster

“Monster” berkisarkan tentang Lee Guk-choel, seorang waris manja dari keluarga kaya telah hilang segala-galanya hanya dengan satu malam sahaja. Ia terjadi selepas kemalangan kereta yang dirancang untuk membunuh ibu bapanya dan menyebabkan dia buta. Bertahun-tahun kemudian, apabila dia diberi peluang untuk memulihkan penglihatannya, dia mengambil kesempatan daripada pembedahan untuk mengubah penampilannya juga.

Dengan wajah dan identiti baharu, Lee Guk-choel kini dikenali dengan nama Kang Ki-tan, menubuhkan syarikatnya sendiri untuk membalas dendam terhadap orang yang merosakkan hidupnya.

Saluran: VIU

Tempted

Choi Su-ji, Kwon Si-hyun, dan Lee Se-ju telah berkawan baik selama bertahun-tahun. Teman lelaki Choi Su-ji berpisah dengannya dan menuduh dia serta ibunya menggunakan lelaki untuk mendapatkan perhatian sosial. Disebabkan ini Choi Su-ji membuat satu rancangan dengan rakan-rakannya untuk membalas dendam.

Untuk membuktikan kesetiaannya, Choi Su-ji meminta Kwon Si-hyun memikat bekas teman lelakinya, Eun Tae-hee, sebelum menghancurkan hati lelaki itu. Perancangan itu bagaimanapun akan merosakkan ikatan ketiga-tiga sahabat itu, apabila Kwon Si-hyun mula betul-betul jatuh cinta terhadap Eun Tae-hee.

Saluran: Netflix

The World of the Married 

Permulaan “The World of the Married” menceritakan kehidupan seorang doktor perubatan yang dihormati oleh semua orang. Berasa seperti hidupnya sempurna, wanita itu mendapati suaminya curang. Dalam usahanya untuk membalas dendam terhadap pengkhianatan itu, pertengkaran yang pahit berlaku antara kedua-duanya ketika mereka berdua berusaha untuk membalas dendam terhadap satu sama lain.

“The World of the Married” kini dikenali sebagai K-Drama dengan rating tertinggi di TV awam Korea, selepas memperoleh kadar penonton sebanyak 28.37% semasa episod terakhirnya.

Saluran: Netflix, VIU, iQiyi

Rugal

“Rugal” berdasarkan webtoon, siri aksi sci-fi ini mengikuti kisah Kang Gi-beom, seorang detektif polis. Isteri Kang Gi-beom dibunuh oleh kumpulan pengganas bernama ARGOS. Apabila didekati oleh organisasi khas yang berdedikasi untuk membasmi orang yang sama yang membunuh isterinya, dia bersetuju untuk menyertai operasi berisiko itu. Namun dia tidak tahu bahawa tidak lama lagi operasi ini boleh membawa kepada tragedi yang boleh membawa maut.

Saluran: Netflix

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...