Ikuti Kami:

“Saya Nak Pamer Kecantikan Korea” – Wonyoung IVE Gayakan Aksesori Tradisional Korea Di Paris

“Saya Nak Pamer Kecantikan Korea” – Wonyoung IVE Gayakan Aksesori Tradisional Korea Di Paris

Won-young IVE memilih untuk terus berbangga dengan Korea.

Terbaru, VOGUE KOREA memuat naik satu video vlog yang menampilkan Won-young IVE. dalam video tersebut, Won-young merakamkan perjalanannya yang sibuk sewaktu berada di Paris.

Won-young juga berkongsi bahawa dia turut mengambil bahagian dalam menguruskan pakaiannya termasuk penggayaan rambutnya. Dia memakai pin rambut yang bertemakan tradisional Korea pada majlis aksesori mewah FRED di Paris.

Saya mahu pamerkan kecantikan Korea di Paris, jadi saya bawa pin rambut dari Korea.

Pin rambut tradisional ‘silver’ yang dipakai oleh Won-young diperbuat daripada seorang tukang emas Korea. Rata-rata dalam kalangan peminat memuji kecantikan Won-young dengan memakai pin rambut tersebut.wonyoung

“Won-young cantik sangat!”

 

“Aksesori FRED nampak elegan dan unik sekali!”

 

“Makin terserlah rupa elegan Won-young!”

Cantiknya Won-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...