Won-young IVE memilih untuk terus berbangga dengan Korea.
BACA: Bergambar Bersama, Interaksi Yoona & Wonyoung Di Pertunjukan Fesyen Paris Buat Peminat Heboh!
Terbaru, VOGUE KOREA memuat naik satu video vlog yang menampilkan Won-young IVE. dalam video tersebut, Won-young merakamkan perjalanannya yang sibuk sewaktu berada di Paris.
Won-young juga berkongsi bahawa dia turut mengambil bahagian dalam menguruskan pakaiannya termasuk penggayaan rambutnya. Dia memakai pin rambut yang bertemakan tradisional Korea pada majlis aksesori mewah FRED di Paris.
Saya mahu pamerkan kecantikan Korea di Paris, jadi saya bawa pin rambut dari Korea.
View this post on Instagram
Pin rambut tradisional ‘silver’ yang dipakai oleh Won-young diperbuat daripada seorang tukang emas Korea. Rata-rata dalam kalangan peminat memuji kecantikan Won-young dengan memakai pin rambut tersebut.
“Won-young cantik sangat!”
“Aksesori FRED nampak elegan dan unik sekali!”
“Makin terserlah rupa elegan Won-young!”
Cantiknya Won-young!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.