Ikuti Kami:

“Saya Nak Lihat Persembahan..” – Raja Charles III Beri Anugerah Istimewa Buat BLACKPINK

“Saya Nak Lihat Persembahan..” – Raja Charles III Beri Anugerah Istimewa Buat BLACKPINK

Biar betul?

Pada 22 November, Raja Charles III telah menganugerahkan pingat MBE buat kesemua ahli BLACKPINK di sebuah majlis yang diadakan di istana Buckingham.

Di mana, BLACKPINK telah menerima pingat sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam meningkatkan kesedaran rakyat global mengenai perubahan iklim semasa.

Ianya selepas kumpulan itu berkhidmat sebagai duta perhubungan awam untuk persidangan ke-26 konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim (COP26) di UK pada tahun 2021 yang lalu.

bp mbe

Pingat ‘The Order of the Bristish Empire’ dianugerahkan kepada mereka yang telah membuat sumbangan bermakna kepada masyarakat British. Di mana, sebelum ini anugerah tu pernah diberi kepada kumpulan penyanyi lagenda, THE BEATLES dan juga Adele.

Malah, Raja Charles III juga turut berjabat tangan bersama kesemua ahli BLACKPINK sebelum mengambil gambar bersama.

Raja Charles III juga berkata,

Saya teringin nak lihat persembahan BLACKPINK dalam kehidupan sebenar.

Tahniah buat kesemua ahli BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...