Ikuti Kami:

“Saya Nak Keluar Dari Syarikat Ini..” – Chungha Dedah Dilayan Buruk Oleh Agensi MNH

“Saya Nak Keluar Dari Syarikat Ini..” – Chungha Dedah Dilayan Buruk Oleh Agensi MNH

Chung-ha memang tidak dinafikan adalah salah seorang penyanyi solo yang berbakat di Korea Selatan.

Untuk pengetahuan, Kim Chung-ha merupakan penyanyi solo yang debut di bawah agensi MNH Entertainment. Sebelum ini, dia menyertai rancangan survival Mnet “Produce 101” dan debut sementara dalam kumpulan I.O.I. Antara lagu solo popular Chung-ha ialah “Roller Coaster”, “Snapping”, “Gotta Go” dan banyak lagi.

Namun menerusi siaran langsung yang dilakukannya baru-baru ini, Chung-ha telah meluahkan perasaannya berkaitan agensinya MNH Entertainment. Pada awalnya ada peminat meninggalkan komen,

Konsert jelajah dunia untuk Ratu Chung-ha.

Melihat komen itu, Chung-ha membalas,

Ia ada dalam senarai impian saya. Saya nak buat juga. Kenapa awak tak jaga saya, MNH?

Kemudian, peminat lain menulis,

Tinggalkan syarikat itu.

Chung-ha dengan seriusnya menjawab,

Saya ingin keluar dari syarikat ini. Tolong lepaskan saya. Adakah saya dibenarkan untuk mengatakan ini? Saya menarik ia balik.

kim chungha

Hmm..semoga yang terbaik saja buat Chung-ha.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...