Ikuti Kami:

Chungha Kongsi Usahanya Balas Jasa Ibu Dalam Episod Terbaru ‘My Little Old Boy’

Chungha Kongsi Usahanya Balas Jasa Ibu Dalam Episod Terbaru ‘My Little Old Boy’

Sebut sahaja nama Chung-ha, umum pasti mengetahui bagaimana aura penyanyi serba boleh ini, mampu meraih perhatian setiap kali tampil di khalayak ramai.

Baru-baru ini, Chung-ha tampil dalam episod terbaru yang akan datang “My Little Old Boy” dan berkongsi mengenai rasa sayang dan prihatin terhadap ibunya.

Di awal perkenalan rancangan tersebut, pengacara Shin Dong-yup memulakan perbualan dengan berkongsi mengenai bagaimana Chung-ha sangat terkenal kerana menonjolkan sisi seorang anak yang baik dan taat terhadap ibunya. Dia kemudian bertanya,

Apakah antara perkara baik yang anda lakukan untuk ibu, yang membuatkan dirinya cukup gembira?

chunghaLalu, dia menjawab,

Secara praktikalnya, saya cuba melangsaikan kesemua hutangnya, membelikan rumah untuknya walaupun hanya sekadar sederhana dan saya turut membelinya sebuah kereta. 

Bukan itu sahaja, dia malah menambah,

Tetapi saya rasa, perkara yang membuatkan dia paling bahagia adalah apabila saya melancarkan album terbaru, dan saya menulis lirik untuk salah satu lagu dalam album tersebut sebagai hadiah untuk ibu saya. 

chunghaDia terus berkata,

Ibu saya membesarkan saya dengan sendirinya di Amerika Syarikat. Saya selalu berasa seperti dia sering susah hati apabila saya perlu pergi ke sekolah bersendirian ketika kecil. Jadi, bila dia mula berfikiran seperti itu, matanya mula berair. 

Chung-ha turut berkata, lagu yang bertajuk “Good Night My Princess”, adalah lagu bagaimana ibunya sering mengucapkan selamat tinggal setiap kali ibunya berkerja pada waktu malam.

Bagusnya kan Chung-ha kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...