Ikuti Kami:

“Saya Nak Kahwin Dalam Masa 5 Tahun” – Kyuhyun Super Junior

“Saya Nak Kahwin Dalam Masa 5 Tahun” – Kyuhyun Super Junior

Apa, Kyuhyun nak kahwin?

Baru- baru ini Kyuhyun telah menarik perhatian ramai apabila membuat penampilan di dalam satu rancangan “Single For Men” bersama- sama dengan Yerin dan Shin Kyu-jin dimana rata-rata penonton terhibur dengan chemistry hebat mereka dengan ahli “Single For Men” yang lain.

 

Kyuhyun yang muncul dengan pakaian yang luar biasa di dalam rancangan itu telah membuatkan semua penonton yang menonton rancangan itu terhibur malah mereka juga mengatakan bahawa pakaian yang dipakai oleh Kyuhyun itu merupakan antara pakaian yang paling meninggalkan impak di dalam sejarah rancangan tersebut.

single for men

Di dalam rancangan itu, mereka telah membincangkan tentang pelbagai isu dan salah satunya ialah tentang saat seorang lelaki ingin berkahwin. Kyuhyun telah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengatakan bahawa dia ingin berkahwin dalam masa lima tahun. Dalam masa yang sama, Kyuhyun juga bercakap tentang impiannya dan mengapa dia bermimpi untuk berkahwin.

Namun, Kyuhyun ketawa apabila seniornya di dalam rancangan itu memberikan nasihat realistik terhadap alam perkahwinan sekaligus menghancurkan fantasi alam perkahwinan yang diidamkan Kyuhyun.

Semoga Kyuhyun dapat capai impian dia untuk berkahwin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...