Ikuti Kami:

“Saya Nak Jadi Sepertinya” – Jo Aram Dedah Kebaikan Lee Kwangsoo Di Set ‘The Killer’s Shopping List’

“Saya Nak Jadi Sepertinya” – Jo Aram Dedah Kebaikan Lee Kwangsoo Di Set ‘The Killer’s Shopping List’

Rasanya ramai yang tahu bahawa Lee Kwang-soo merupakan seorang yang baik dan disukai ramai.

Terbaru, pelakon baru yang merupakan bekas ahli gugudan iaitu Jo A-ram turut berkongsi pengalaman bekerja dengan lelaki itu menerusi drama “The Killer’s Shopping List”.

tvn the killer's shopping list

Apabila ditanya mengenai episod yang tak pernah dilupakan, jawab wanita itu,

Terdapat satu babak di mana saya tidak dapat menahan ketawa. Ianya ialah apabila Lee Kwang-soo memukul mulut penjual daging. Itu ialah tindakan spontan dan saya tak mampu menaham ketawa ketika rakaman pertama. Pun begitu, Lee Kwang-soo tidak ketawa dan terus berlakon seperti biasa. Saya masih ingat lagi dan merasakan bahawa dia sangat hebat.

jo aram

Kongsinya lagi mengenai perwatakan Lee Kwang-soo,

Sangat seronok bekerja dengannya. Best dan sagat selesa. Dia selalu bersembang dan personalitinya yang sering menjaga pelakon, staf dan semua sekali membuatkan saya mahu menjadi sepertinya. Yang pasti, saya sangat merasai sikap bertimbang rasanya.

Lee Kwang-soo memang disayangi ramai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...