Meskipun sering melihat selebriti di TV, namun sukar untuk mengetahui sama ada itu merupakan personaliti sebenar mereka.
Terbaru, seorang staf stesen penyiaran telah mendedahkan mengenai kebaikan Lee Kwang-soo menerusi saluran YouTube ‘Kim Inho TV’.
Saya teringat mengenai seorang selebriti yang sentiasa ingat staf walaupun terserempak sekali sahaja. Bukan senang begitu. Setiap tahun, dia berjumpa dengan staf baru dan mereka lebih daripada 50 orang bagi setiap drama. Sangat susah untuk mengingati setiap dari mereka.
Tanya hos itu,
Adakah staf sangat bersyukur apabila pelakon mengingati mereka?
Staf itu mengakuinya dan mula memberi klu mengenai identiti pelakon itu seperti ‘muncul dalam rancangan hiburan’ dan ‘ketinggian’.
Teka hosnya,
Adakah dia Lee Kwang-soo?
Kata staf itu lagi,
Ya, dia seorang yang pandai menjaga orang sekeliling.
Patut lah ramai yang sukakan Lee Kwang-soo kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.