Utama Drama Korea “Saya Nak Jadi Pelakon Cantik..” – Oh Jiyul Akui Nantikan Masa Depannya...

“Saya Nak Jadi Pelakon Cantik..” – Oh Jiyul Akui Nantikan Masa Depannya Sebagai Pelakon

oh jiyul

Selepas membuktikan bakat lakonan yang meyakinkan, Oh Ji-yul nampaknya akan menjadi pelakon dengan masa yang cerah pada masa hadapan.

Terbaru, Oh Ji-yul yang membawa watak sebagai Ha Ye-sol dalam “The Glory”, telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Korea.

Ketika sesi temu bual yang dilakukan, pelakon cilik itu bercakap tentang persamaan dirinya dengan watak Ha Ye-sol. Dia menjelaskan,

Perkara yang sama antara saya dan Ye-sol adalah kami tidak akan terperangkap dalam pergaduhan orang dewasa. Saya tidak mahu itu.

Kemudian, Oh Ji-yul juga turut berkongsi pengalamannya berlakon bersama Song Hye-kyo dengan memuji pelakon itu,

Sukar untuk dijelaskan dengan betul tetapi rasanya seperti semangat Moon Dong-eun telah keluar dari botol kaca merah jambu dan membaluti Song Hye-kyo.

oh jiyul song hyekyo

Mengenai masa depannya sebagai seorang pelakon, Oh Ji-yul berkata,

Saya menantikan masa depan saya. Kadang-kadang orang di sekeliling saya memberitahu bahawa saya cantik. Kadang-kadang mereka kata saya pandai berlakon. Saya mahu menjadi pelakon yang cantik dan hebat.

Tak sabar nak tunggu projek Oh Ji-yul yang seterusnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Chosun
Loading...