Ikuti Kami:

“Saya Nak Jadi Macam Dia” – Ramai Selebriti Puji Persembahan IU Di Konsert ‘The Golden Hour’

“Saya Nak Jadi Macam Dia” – Ramai Selebriti Puji Persembahan IU Di Konsert ‘The Golden Hour’

Pasti ramai sudah mengetahui bahawa IU sememangnya antara penyanyi di Korea Selatan yang diminati ramai.

Konsert IU “The Golden Hour” yang berlangsung beberapa hari lepas di Stadium Olimpik Jamsil, telah dihadiri oleh ramai selebriti popular. Antaranya adalah rakan pelakon Lee Joon-gi, Kim Soo-hyun, penyanyi junior TWICE, ITZY dan ramai lagi.

Selepas menghadiri konsert, ramai selebriti tidak dapat menyembunyikan rasa kagum terhadap IU dan meluahkan perasaan mereka. Pertama sekali, melalui siaran langsung, pelakon Park Ju-hyun berkongsi pendapatnya tentang persembahan IU di konsert tersebut,

Ia sangat bagus. Sudah tentu dia sangat cantik dan menyanyi dengan sangat baik tetapi menonton konsert, saya berasa sangat tersentuh. Saya dapat merasakan sikapnya terhadap muzik dan cara dia hidup, jadi saya rasa ia memberi saya banyak pengaruh positif.

iu the golden hour

Kemudian, Eunha dari kumpulan VIVIZ turut terinspirasi selepas menghadiri konsert IU dengan mengatakan,

Saya mahu VIVIZ menjadi lebih berjaya dan berkembang dengan lebih baik lagi untuk menunjukkan persembahan yang menakjubkan seperti ini.

Tidak terkecuali Lia ITZY iaitu tetamu istimewa yang membuat persembahan di konsert IU, juga meluahkan rasa kagumnya dengan memuji,

IU sunbaenim sangat hebat. Saya sepatutnya menjadi orang seperti dia. Dia seorang yang sangat baik dan mesra. Dia tidak menunjukkan banyak perkara di luar tetapi menjaga segala-galanya dari belakang.

iu the golden hour

Tambahan, Jay Park yang juga merupakan tetamu di hari kedua konsert IU turut menulis tentang penyanyi itu,

Jumlah penghormatan yang tidak terhingga.

Fuhh..IU memang layak terima pujian dan penghormatan seperti ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...