Ikuti Kami:

Jayakan 2 Hari Konsert, IU Akui Sedang Alami Masalah Pendengaran

Jayakan 2 Hari Konsert, IU Akui Sedang Alami Masalah Pendengaran

Semua kagum apabila melihat IU berjaya menghabiskan konsert selama dua hari baru-baru ini dengan mempersembahkan puluhan lagu selama beberapa jam buat peminat tersayang.

Namun siapa sangka penyanyi itu sedang menerima rawatan dek masalah pendengaran kini. Kongsinya menerusi konsert itu, dia mengalami masalah tersebut sejak setahun yang lalu,

Terdapat sedikit masalah dengan telinga saya, jadi saya berasa gementar semasa membuat persediaan untuk konsert ini.

iu

Dalam dokumentari untuk konsert berkenaan, IU tidak segan untuk berkongsi mengenai masalahnya,

Telinga saya sedikit teruk sejak kebelakangan ini. Telinga saya terbuka sendiri jadi pendengaran saya menjadi sama seperti ketika saya menguap. Apabila menyanyi, ia menjadi terlalu kuat dan berdesing.

Khabarnya, dia didiagnos dengan ‘Patulous Eustachian Tube Dysfunction’ di mana penyakit ini membuatkan mereka mendengar diri sendiri dengan kuat sehingga menyebabkan ketidakselesaan. Menurut Hopkins Medicine, penyakit ini boleh disebabkan dek kehilangan berat, neuromuscular kronik atau penyakit imun, alergi hidung kronik dan sejarah asid refluks.

iuMenurut IU, dia mendapat penyakit ini kerana anxiety yang dialaminya,

Apabila risau, terdapat tekanan yang menjadi lebih besar apabila saya menyanyi, jadi telinga saya terbuka lebih senang.

Kesiannya IU..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...