Ikuti Kami:

“Saya Nak…” – Chungha Nyatakan Hasrat Ingin Sambung Belajar Di Luar Negara

“Saya Nak…” – Chungha Nyatakan Hasrat Ingin Sambung Belajar Di Luar Negara

Eh betul ke ni?

Penyanyi Kim Chung-ha telah muncul sebagai tetamu di dalam rancangan YouTube milik penari serta pereka tari, Gabee pada 29 Oktober.

Penyanyi itu telah berkata bahawa dia telah berehat selama setahun dan dia menghabiskan kebanyakan masanya dengan belajar.

Katanya,

Ini kali pertama saya beritahu orang, semasa saya sedang berehat, saya telah belajar untuk pensijilan sejarah Korea dan saya telah mendapat sijil tahap 1.

Dalam masa yang sama, Gabee turut mendedahkan bahawa Chung-ha pernah menceritakan keinginannya untuk belajar di luar negara.

Balas Chung-ha,

Pada masa itu saya memang nak belajar di luar negara. Kerana perkara yang saya sedang buat ni adalah kerja jadi kalau saya sudah tak jadi selebriti saya boleh kerja di bidang lain kalau saya sambung belajar. Penyanyi atau penari dua-duanya sama, kita kena terus berusaha untuk menjalani kehidupan.

chungha

Malah, Chung-ha yang baru sahaja memasuki syarikat naungan baru itu juga turut mengatakan bahawa dia membuat keputusan untuk menandatangani kontrak bersama dengan syarikat MORE VISION milik Jay Park kerana penyanyi rap lelaki itu membuatnya rasa selesa.

Tambahnya,

Saya tidak dapat membiasakan diri di syarikat lama saya, tapi bila dengan syarikat baru ini saya rasa selesa dan kalau semua nak tahu, Jay Park tak suka kalau kami panggil dia CEO.

 

Apa-apa pun keputusan Chung-ha mesti semua akan sokong punya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...