Ikuti Kami:

Merancang Sambung Belajar? Ini 5 Universiti Top Di Korea Pilihan Pelajar Antarabangsa

Merancang Sambung Belajar? Ini 5 Universiti Top Di Korea Pilihan Pelajar Antarabangsa

Kedudukan terbaik universiti disenaraikan mengikut prestasi mereka melalui kecemerlangan akademik, termasuk kebolehpasaran pelajar selepas tamat belajar.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 Universiti terbaik di Korea, bagi korang yang ingin melanjutkan pelajaran di sini.

Seoul National University 

top 5 universiti di Korea

Seoul National University ialah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di persekitaran bandar metropolis Seoul. Selain itu institusi tinggi ini juga mempunyai kampus cawangan di Suwon. Di sini, mereka menawarkan kursus dan program yang membawa kepada ijazah pendidikan tinggi yang diiktiraf secara rasmi seperti ijazah pra-sarjana, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran dalam beberapa bidang pengajian.

Disebabkan ia merupakan universiti yang menjadi pilihan ramai, dasar kemasukan terpilih berdasarkan peperiksaan dan gred akademik yang cemerlang oleh pelajar.

Yonsei University

top 5 universiti di Korea

Universiti Yonsei, terletak di barat laut Seoul serta ia adalah pilihan yang bagus jika korang seorang yang suka melibatkan diri dalam kehidupan kampus. Universiti ini mempunyai pelbagai jenis kelab dan organisasi pelajar, pelbagai perayaan untuk diraikan dan acara sukan untuk ditonton serta boleh disertai.

Asrama pelajar baru mereka yang berdedikasi menaja aktiviti yang akan membawa korang keluar bertemu rakan baharu dan mengalami pengalaman menarik, melawat sekitar ibu negara itu. Dari segi akademik, Universiti Yonsei mempunyai kedudukan yang tinggi untuk kursus ekonomi dan perniagaan, kesihatan, sains sosial, dan psikologi.

Chonnam National University

top 5 universiti di Korea

Chonnam National University dikenali sebagai universiti paling berpatutan di Korea Selatan untuk pelajar antarabangsa. Bukan sahaja bayaran tuisyen rendah berbanding universiti lain di negara ini, malah kos sara hidup lebih berpatutan berbanding Seoul yang sibuk.

Universiti ini terletak di Gwanju, hanya kira-kira 5 jam ke selatan Seoul dengan menaiki bas. Gwanju adalah kawasan indah di Korea yang terkenal dengan tapak bersejarah, gunung-ganang yang indah dan tradisi masakan makanan tradisional yang menarik.

Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST)

top 5 universiti di Korea

Di Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST), kebanyakan kelas diajar dalam bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi, ia adalah sebahagian daripada konsortium seluruh dunia untuk kursus kejuruteraan dan perniagaan serta dianggap sebagai universiti penyelidikan utama. KAIST merupakan universiti terbaik dan berada di kedudukan ke-42 dunia. Bagi pelajar di KAIST. mereka boleh dipastikan mendapat pendidikan terbaik semasa pengajian.

Ianya terletak di Daejeon, iaitu sebuah bandar di barat tengah Korea Selatan dan ibu kota wilayah Chungcheong Selatan. Terdapat banyak perkara untuk dilakukan di bandar dan aktiviti luar yang menarik di sekelilingnya. Kawasan ini terkenal dengan mata air panas, hutan dan tasik. Jadi korang boleh la healing pada hujung minggu setelah penat belajar.

Sogang University

top 5 universiti di Korea

Bagi korang yang mempunyai impian untuk meningkatkan kemahiran bahasa Korea, bolehla sambung belajar di Sogang University. Pusat Pendidikan Bahasa Korea mereka adalah antara tempat terbaik untuk belajar bahasa Korea di negara ini.

Semasa pengajian, aktiviti kebudayaan akan menjadi asas utama yang membantu untuk mengukuhkan pembelajaran. Program di Sogang Universiti juga memberi tumpuan kepada pertuturan supaya pelajar dapat berkomunikasi bukan sahaja bersama rakan, malah boleh bercakap dengan petah bersama masyarakat di sana.

Tahniah bagi yang dapat sambung belajar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...