Ikuti Kami:

“Saya Nak Bawa Kebaikan ” – Kang Kiyoung Kongsi Banyak Belajar Dari Park Eunbin

“Saya Nak Bawa Kebaikan ” – Kang Kiyoung Kongsi Banyak Belajar Dari Park Eunbin

Kang Ki-young baru-baru ini berkongsi bahawa dia sebenarnya belajar banyak benda daripada Park Eun-bin.

Kang Ki-young menerima banyak pujian dan sokongan daripada peminat atas pembawakkan wataknya sebagai Jung Myeong-seok dalam “Extraordinary Attorney Woo”. Melihat kepada kejayaan itu, dia berkata,

Saya cuba untuk tidak terlalu teruja. Saya ingin mencuba banyak perkara baru kerana untuk watak saya yang baru ini, ternyata ramai sukakannya. Jadi, saya mahu mencuba lebih banyak watak baru selepas ini. 

kang kiyoungApabila ditanya mengenai keserasian dan fahamannya terhadap watak Jung Myeong-seok, dia berkata,

Saya sebenarnya sedih apabila mendengar perkataan ‘unicorn’ kerana ia merujuk kepada watak sebagai ketua yang saya bawa itu tidak wujud dalam realiti kehidupan. Jadi, ketika saya menerima watak tersebut, saya cuba membawa fahaman yang terdapat banyak watak seperti itu yang wujud di dunia realiti.

Sambungan kepada itu, dia turut melihat dari sesi perspektif sebagai individu biasa dan berkata,

Saya juga mahu menjadi seseorang yang memberi kebaikan kepada orang lain. 

kang kiyoungKang Ki-young juga sempat memuji sifat peribadi Park Eun-bin. Dia berkongsi bahawa,

Sebagaimana Myung-seok banyak belajar dari Woo Young-woo, saya juga banyak belajar daripada Park Eun-bin. Dia banyak membantu saya dari pelbagai aspek. 

Bagusnya rendah diri!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...