Ikuti Kami:

“Saya Mungkin Tak Akan Berlakon Pakai Baju Sekolah Dah..” – Ahn Bohyun

“Saya Mungkin Tak Akan Berlakon Pakai Baju Sekolah Dah..” – Ahn Bohyun

Tak lama lagi, penonton akan disajikan dengan drama baru berjudul “See You in My 19th Life”!

Untuk pengetahuan, “See You in My 19th Life” akan diterajui Ahn Bo-hyun dan Shin Hye-sun, mengisahkan mengenai kemunculan semula Ban Ji-eum. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya raya yang menguruskan WW Entertainment, sebuah agensi hiburan.

Terbaru dalam video temu bual yang dikongsi, 4 pelakon utama drama itu iaitu Ahn Bo-hyun, Shin Hye-sun, Ha Yoon-kyung dan Ahn Dong-goo ada berkongsi sedikit sebanyak mengenai siri tersebut. Apabila ditanya mengenai titik pesona drama itu, Shin Hye-sun tanpa teragak-agak menjawab,

Kami berempat.

Kemudian, mereka juga ada mendedahkan kisah di sebalik tabir memakai pakaian seragam sekolah ketika berlakon, pada usia 30-an kini. Ahn Bo-hyun akui,

Ia adalah janggal. Mungkin ini kali terakhir saya memakai pakaian sekolah.

Tambah Ahn Dong-goo,

Semua orang melalui masa yang sukar untuk berlakon ketika memakai pakaian sekolah.

Sementara itu, “See You in My 19th Life” akan mula bersiaran pada 17 Jun ini. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...