Ikuti Kami:

Diterajui Ahn Bohyun & Shin Hyesun, ‘See You In My 19th Life’ Bakal Tayang Jun Ini

Diterajui Ahn Bohyun & Shin Hyesun, ‘See You In My 19th Life’ Bakal Tayang Jun Ini

Akhirnya, penonton akan dapat lihat gandingan antara Ahn Bo-hyun dan Shin Hye-sun dalam sebuah drama tak lama lagi!

Untuk pengetahuan, Ahn Bo-hyun dan Shin Hye-sun akan terajui drama “See You In My 19th Life”, yang mengisahkan mengenai kemunculan semula Ban Ji-eum. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya raya yang menguruskan WW Entertainment, sebuah agensi hiburan.

Namun, dalam kehidupan sebelumnya (kehidupan ke-18), seorang gadis 12 tahun bernama Yun Joo-won bertemu dengan budak lelaki berumur 9 tahun bernama Moon Seo-ha dan mula jatuh cinta. Malangnya, Yun Joo-won terlibat dalam kemalangan dan dilahirkan semula sebagai Ban Ji-eum pada kehidupannya ke-19. Dia kemudiannya bersatu semula dengan Moon Seo-ha.

Terbaru, tVN telah melancarkan video teaser pertama untuk drama berkenaan, sekaligus mengumumkan tarikh tayangan perdananya iaitu pada Jun nanti.

Sementara itu, pelakon lain yang akan turut membintangi drama ini ialah Ha Yoon-kyung, Ahn Dong-goo, Lee Chae-min, Kim Shi-ah dan ramai lagi.

Nantikan “See You In My 19th Life” bakal menemui penonton pada Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...