Ikuti Kami:

Shin Hyesun Dilihat Jalani Penggambaran Drama Adaptasi Terbaru ‘See You In My 19th Life’

Shin Hyesun Dilihat Jalani Penggambaran Drama Adaptasi Terbaru ‘See You In My 19th Life’

Shin Hye-sun dilihat sedang jalani penggambaran? Haa.. untuk drama apa ya agak-agak?

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter apabila rata-rata dalam kalangan peminat menyatakan Shin Hye-sun dilihat sedang jalani penggambaran untuk drama adaptasi siri webtoon akan datang, “See You In My 19th Life”.

“See You In My 19th Life” merupakan adaptasi bagi siri webtoon yang famous dan Shin Hye-sun dikhabarkan bakal membawa watak sebagai Ban Ji-eum.

Dapat dilihat di ruangan komen, peminat mula meluahkan rasa teruja dan sangat menantikan drama adaptasi itu.

Saya sangat menantikan lakonan hebat Shin Hye-sun!

 

Saya tertanya-tanya mengenai drama ini kerana siri webtoonnya sangat menarik!

 

‘Style’ Shin Hye-sun sangat menarik!

shin hyesunUntuk pengetahuan, drama adaptasi “See You In My 19th Life” ini mengisahkan mengenai kemunculan semula Ban Ji-eum. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya raya yang menguruskan WW Entertainment, sebuah agensi hiburan. Namun, dalam kehidupan sebelumnya (kehidupan ke-18), seorang gadis 12 tahun bernama Yun Joo-won bertemu dengan budak lelaki berumur 9 tahun bernama Moon Seo-ha dan mula jatuh cinta. Malangnya, Yun Joo-won terlibat dalam kemalangan dan dilahirkan semula sebagai Ban Ji-eum pada kehidupannya ke-19. Dia kemudiannya bersatu semula dengan Moon Seo-ha.

Menariknya jalan cerita ni! Macam mana agaknya reaksi Moon Seo-ha tu kan bila jumpa balik kekasih hati tapi sebagai seseorang yang baru? Haa.. korang kena tengok drama Shin Hye-sun yang akan datang okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...