Ikuti Kami:

“Saya Muhasabah Diri..” – Yoo Ahin Akui Kesalahan Ambil Dadah & Mohon Maaf

“Saya Muhasabah Diri..” – Yoo Ahin Akui Kesalahan Ambil Dadah & Mohon Maaf

Seorang manusia sudah pastinya tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan pelakon Yoo Ah-in yang terlibat dengan isu dadah baru-baru ini.

Terbaru pada 27 Mac, Yoo Ah-in telah menghadiri saman persendirian di Unit Siasatan Jenayah Dadah Agensi Polis Metropolitan Seoul, 50 hari selepas siasatan terhadap pertuduhan berkaitan dadah.

Kali pertama membuat penampilan umum selepas dituduh mengambil dadah, pelakon “Alive” itu muncul dengan sut hitam dan menundukkan kepalanya tanda memohon maaf.

Untuk pengetahuan, pada 6 Mac lalu, Yoo Ah-in didakwa melanggar Akta Kawalan Narkotik dek sampel rambut dan air kencingnya yang diuji positif untuk dadah jenis propofol, ganja, kokain dan ketamin.

Berikutan kehadiran Yoo Ah-in di saman persendirian, polis merancang untuk menamatkan siasatan selama dua bulan terhadap tuduhan berkaitan dadah. Meskipun pertuduhan penggunaan propofol mungkin sukar untuk dibuktikan namun, bukti diperlukan untuk menyatakan penggunaan pelakon itu dengan dadah jenis lain. Menurut seorang pegawai dari undang-undang,

Kuncinya adalah untuk mendapatkan bukti objektif bagi menyokong keputusan analisis NFS.

Dalam pada itu, Yoo Ah-in juga telah memohon maaf kepada orang ramai atas tingkah lakunya yang tidak patut dicontohi ini dengan menyatakan,

Saya sedar sepenuhnya tentang kesilapan yang telah saya lakukan. Saya bermuhasabah diri. Sebarang kata-kata maaf tidak akan mencukupi tetapi saya minta maaf.

Tambahan, pelakon 37 tahun itu turut menjelaskan bahawa dia bersedia untuk memberitahu fakta dengan benar dan akan secara aktif menerangkan keadaan tertentu mengenai bukti.

Semoga ada penyelasaian yang terbaik..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...