Ikuti Kami:

Isu Yoo Ahin Ambil Dadah, Netflix Umum Tangguh Tayangan Filem ‘Goodbye Earth’ & ‘The Match’

Isu Yoo Ahin Ambil Dadah, Netflix Umum Tangguh Tayangan Filem ‘Goodbye Earth’ & ‘The Match’

Nampaknya, semua projek Netflix yang melibatkan Yoo Ah-in akan ditangguhkan tayangannya.

Terkini, Netflix telah memutuskan untuk menangguhkan tayangan dua projek yang melibatkan Yoo Ah-in, memandangkan pelakon itu sedang dalam siasatan polis atas tuduhan mengambil dadah.

Pada 27 Mac, seorang pegawai dari Netflix telah memberitahu bahawa filem “The Match” akan menangguhkan tayangannya buat sementara waktu.

Kami sedang membincangkan filem ‘The Match’ dengan syarikat produksi Acemaker dan sekutu lain, dan kami telah memutuskan untuk menangguhkan tayangannya buat sementara waktu.

yoo ahin

Selain itu, mengenai siri “Goodbye Earth” yang turut menampilkan Yoo Ah-in sebagai watak utama, turut menyatakan bahawa,

Selepas berbincang dengan pihak produksi, kami memutuskan untuk menangguhkan sementara tayangan ‘Goodbye Earth’. Kami akan memaklumkan anda sekali lagi sebaik sahaja jadual keluaran khusus telah disahkan. Terima kasih.

Terdahulu pada bulan Februari, polis mula menyiasat Yoo Ah-in kerana menggunakan propofol secara haram, dan pelakon itu kemudian dilapor telah diuji positif ganja dan kokain serta ketamin. Menurut Unit Siasatan Jenayah Dadah Polis Metropolitan Seoul, Yoo Ah-in telah dipanggil oleh polis hari ini pada 27 Mac untuk siasatan lanjut.

yoo ahin

Untuk pengetahuan, Yoo Ah-in juga telah selesai penggambaran filem “Goodbye Earth”, yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini namun telah diputuskan untuk ditangguhkan tayangan kerana Yoo Ah-in masih berada di bawah sisatan polis.

Ermm…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...