Ikuti Kami:

Isu Guna Dadah, Yoo Ahin Dilarang Untuk Muncul Di Saluran KBS

Isu Guna Dadah, Yoo Ahin Dilarang Untuk Muncul Di Saluran KBS

Nampaknya, masa depan Yoo Ah-in dalam dunia hiburan semakin kelam..

Untuk pengetahuan, Yoo Ah-in telah didakwa menggunakan empat jenis dadah iaitu propofol, ketamin, rami dan kokain, serta sedang menjalani siasatan lanjut kini.

Terbaru menurut laporan, KBS mengumumkan bahawa saluran mereka telah memutuskan untuk menyekat penampilan pelakon lelaki itu buat masa ini, dek perbuatannya yang menyalahi undang-undang dan tidak bermoral.

Untuk maklumat, KBS akan melarang selebriti yang telah menimbulkan kontroversi sosial dengan mengehadkan penampilan mereka dama rangkaian tersebut. Ini adalah termasuk dakwaan serangan dan gangguan seksual, menggunakan dadah, penipuan, kecurian, perjudian dan lain-lain.

yoo ahin dadah

Selain Yoo Ah-in, Kim Sae-ron, Kwak Do-won dan Don Spike juga antara selebriti yang termasuk dalam senarai larangan untuk muncul dalam KBS.

Semoga ambil pengajaran..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...