Berita mengenai pelakon Yoo Ah-in mengambil dadah, pastinya mengejutkan ramai orang sehingga kini.

Bagi yang belum tahu, beberapa hari lepas, Yoo Ah-in telah disiasat polis mengenai preskripsi dadah jenis propofol. Kini, pelakon lelaki itu masih dibawah pengawasan pihak berkuasa dan siasatan lanjut kian dijalankan, selepas dia juga turut diuji positif untuk marijuana.
Terbaru, syarikat pengiklanan yang telah memilih Yoo Ah-in sebagai duta atau model kepada jenama mereka sebelum ini, dilaporkan telah memadam semua produk atau iklan yang memaparkan nama dan wajah selebriti tersebut.
Khususnya jenama fesyen MUSINSA yang menggunakan Yoo Ah-in sebagai model untuk kempen mereka ‘Mu Ah In’ sebelum ini, dilihat telah menghapuskan semua entri yang menampilkan lelaki itu.
Selain itu, jenama lain seperti ‘I’m Vita’, ‘CROQUIS’, ‘NEPA’ dan banyak lagi turut membuang semua imej, iklan dan kandungan lain yang melibatkan pelakon “Hellbound” berkenaan.
Hmm apalah nasib Yoo Ah-in agaknya..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉