Ikuti Kami:

“Minta Maaf..” – Dituduh Salah Guna Dadah, Yoo Ahin Disiasat Polis

“Minta Maaf..” – Dituduh Salah Guna Dadah, Yoo Ahin Disiasat Polis

Tak semena-mena nama seorang pelakon Korea popular menjadi bualan ramai kerana dituduh mengambil dadah.

Menerusi laporan media, seorang pelakon lelaki telah melawat beberapa hospital untuk mendapatkan propofol. Susulan itu, Kementerian Makanan dan Keselamatan Dadah yang bertanggungjawab memantau pemberian dadah psikotropik telah meminta pihak polis menjalankan siasatan kerana preskripsi propofol yang dimintanya terlalu kerap.

Selepas namanya disebut-sebut, agensi Yoo Ah-in akhirnya membuka mulut mengenai pertuduhan itu.

yoo ahin

Jelas mereka,

Yoo Ah-in telah disiasat polis mengenai preskripsi propofol baru-baru ini. Dia akan memberikan kerjasama dengan aktif berkaitan sebarang hal siasatan dan akan memberi respon sekiranya ada isu yang timbul. Minta maaf sekiranya hal ini merisaukan sesiapa.

Dalam pada itu, pihak polis meminta Institusi Siasatan Saintifik Kebangsaan untuk memeriksa rambut badan Yoo Ah-in dan mencari tahu sama ada pelakon itu mengambil dedah secara kebiasannya. Malah lelaki tersebut turut dihalang dari meninggalkan negara sementara siasatan masih berlangsung.

Kita nantikan maklumat lanjut mengenai hal ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...