Ikuti Kami:

“Saya Muhasabah Diri..” – Pernah Terpalit Isu Guna Dadah, B.I Akui Menyesal & Minta Maaf

“Saya Muhasabah Diri..” – Pernah Terpalit Isu Guna Dadah, B.I Akui Menyesal & Minta Maaf

Setiap manusia pasti tidak lari dari melakukan kesilapan kan..

Terbaru pada 1 Jun, B.I bekas ahli iKON telah menghadiri satu sidang media, bagi pelancaran album studio keduanya berjudul “TO DIE FOR”.

Khususnya sebelum sesi temu bual bersama wartawan, B.I mula bercakap dengan suara yang terketar-ketar, menyatakan,

Ada sesuatu yang ingin saya sampaikan dahulu. Saya ingin memohon maaf kerana mengecewakan ramai orang dan menyebabkan kontroversi sosial kerana pertimbangan dan pilihan saya yang salah.

Sambungnya lagi dengan rasa rendah hati,

Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan kecuali saya minta maaf. Tiada satu hari pun berlalu di mana saya merasa tenang. Saya sentiasa bermuhasabah diri dan bertaubat. Saya mula mempromosikan semula dengan niat untuk membayar balik segala jasa peminat.

b.i ikon

Bagi yang belum tahu, B.I telah keluar dari kumpulan iKON dan YG Entertainment pada 2019, berikutan dakwaan penggunaan beberapa jenis dadah. Namun pada 2021, dia telah menerima hukuman tempoh percubaan selama 4 tahun.

Jika B.I melakukan sebarang jenayah tambahan berkaitan dadah dalam tempoh percubaan ini, mahkamah akan mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 3 tahun.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...