Ikuti Kami:

“Saya Mohon Maaf” – CEO Hook Entertainment Perjelas Isu Lee Seunggi Tak Terima Bayaran

“Saya Mohon Maaf” – CEO Hook Entertainment Perjelas Isu Lee Seunggi Tak Terima Bayaran

Ha… apa cerita ni sekarang?

Semalam, kecoh apabila umum mula mengetahui bahawa pelakon dan juga penyanyi Lee Seung-gi yang selama ini tidak mendapat sebarang lagu di atas lagu-lagunya. Wah, serius betul ni…

Berdasarkan artikel yang kami kongsi semalam, Lee Sung-gi tidak menerima bayaran bagi keuntungan hasil daripada penggunaan muziknya sebanyak 137 buah lagu selama 18 tahun.

Terbaru, ketua pegawai eksekutif, Kwon Jin-young daripada agensinya, Hook Entertainment, tampil memberi respon bagi isu terbabit.

Hello.

Ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hook Entertainment, Kwon Jin Young.

Memandangkan berita buruk telah keluar mengenai saya dan agensi kami dari saluran berita baru-baru ini, tidak kira sama ada ia benar, saya sebenarnya sangat malu.

Segala-galanya adalah kerana kecuaian dan kekurangan budi bicara saya, jadi saya berasa malu dan meminta maaf.

Adalah munasabah untuk mengesahkan kebenaran secara khusus mengenai cerita yang sedang berlegar dan dilaporkan oleh akhbar, tetapi seperti yang dinyatakan dalam siaran akhbar kami sebelum ini, kami meminta pemahaman anda bahawa kami kini berada di peringkat organisasi untuk menyemak semula fakta, dan kami ingin mengelak daripada mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian kami kerana ini boleh diuruskan secara privasi dan sah.

Pada masa hadapan, Hook Entertainment atau saya sendiri akan berurusan secara sah dan jelas, malah kami tidak akan berundur atau mengelak apa-apa dan mengambil semua tanggungjawab.

Hook Entertainment dan saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa ini tidak akan mengganggu promosi hiburan bintang agensi kami dan lebih berhati-hati supaya tiada lagi insiden yang menimbulkan kebimbangan kepada semua orang.

Terima kasih.

lee seunggiHaa, walaupun benda tu salah, agensinya pun dah tampil mohon maaf dan akan betulkan keadaan semula. Semoga Lee Seung-gi dapat semula lah semua pembayarannya, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...