Ikuti Kami:

Media Dedah Lee Seunggi Langsung Tak Terima Bayaran Lagu Dari Agensinya Sejak 2004

Media Dedah Lee Seunggi Langsung Tak Terima Bayaran Lagu Dari Agensinya Sejak 2004

Antara pelakon dan penyanyi yang dikenali ramai, siapa sangka Lee Seung-gi merupakan mangsa ketamakan pemilik agensinya.

Sebelum ini, lelaki itu dilaporkan meminta Hook Entertainment untuk menyediakan dokumen rasmi mengenai bayaran yang diterimanya sepanjan bekerja bersama mereka.

Pada pagi ini, Dispatch meriliskan siasatan yang mengejutkan apabila mendedahkan konflik mengenai hal itu dengan artikel bertajuk, “Pembayaran muzik, 0 won diterima.. Lee Seung-gi, hamba Hook selama 18 tahun”.

Menurut artikel itu, Lee Seung-gi tidak menerima keuntungan penggunaan muzik buat 137 lagu yang dinyanyikannya selama 18 tahun ini dan permintaan dibuat selebriti itu adalah untuk mengetahui pendapatan yang diterima bagi 27 album diriliskan di bawah agensi itu.

lee seunggi hook

Dalam pada itu, Lee Seung-gi mengecap populariti pada tahun 2004 di mana dia terkenal di kalangan umum dengan lagunya digunakan secara memuas dalam pasaran muzik seperti nada deringan, nada panggilan dan muzik latar Cyworld.

Berdasarkan kajian Dispatch, kenyataan bayaran untuk setiap saluran membuktikan bahawa Lee Seung-gi memperolehi keuntungan sebanyak 9.6 juta won dari Oktober 2009 hingga September 2022.

Walau bagaimanapun, timbul kemusykilan apabila rekod dari Jun 2004 hingga Ogos 2009 telah hilang dari pernyataan itu. Ini memustahilkan lelaki itu untuk melihat keuntungan yang diterima sepanjang tempoh berkenaan meskipun pelbagai lagu hit yang dilancarkan seperti “Because You’re My Woman” (2004), “Delete” (2004), “Please” (2006), “Hard To Say” (2006), “I’ll Give You All” (2007), “Let’s Go On A Vacation” (2007) dan “Will You Marry Me” (2009).

Dispatch turut berkongsi mesej yang dihantar staf pasukan perniagaan di Hook Entertainment pada Januari 2001 di mana pendapatan album “The Ordinary Man” dan “The Project”. Khabarnya, Hook Entertainment mendapat keuntungan sebanyak 33,607,580 won.

lee seunggi hook

Dalam perbualan lain, Lee Seung-gi dilihat berbual dengan serius dengan salah seorang rakan penyanyi senior. Katanya,

Hyung, saya nampaknya membuat duit menerusi muzik juga. Selepas menolak 200 juat dari MG, Hook menerima 33 juta won.

Respon senior itu,

Apa yang awak cakap ni? Berapa banyak bayaran hak cipta yang awak dapat? Awak menjana dengan banyak. Awak tak dapat bayaran ke?

Jawab lelaki itu,

Saya tak dapat. Mereka kata saya penyanyi ‘minus’ (penyanyi yang tak bawa keuntungan).

Senior itu kemudiannya mempersoalkan kontraknya bersama Hook dan bertanya sekiranya dia ada menerima bayaran.

lee seunggi hook

Saluran media itu turut mendedahkan bahawa Lee Seung-gi sepatutnya menerima 60% dari jualan tahun 2009 ke 2016 dan 70% dari 2017 ke 2022 di mana dia sepatutnya memiliki 5.8 juta won (tak termasuk 5 tahun yang hilang itu).

Lebih menyakitkan hati apabila agensinya dan staf yang bekerja di situ turut ‘memanipulasi’ sangkaan Lee Seung-gi dengan mengatakan bahawa peminatnya tidak membeli album lantas tiada keuntungan.

Selepas pendedahan ini, Lee Seung-gi dilihat tidak berdiam diri dan menghantar mesej kepada CEO agensi, Kwon Jin-young berkenaan pada 17 November,

Sudah setahun, tapi awak masih tak jawab lagi permintaan saya mengenai kenyataan bayaran. Saya bekerja keras dari pelajar sekolah menengah berusia 18 tahun sehingga kini saya sudah pun berusia 37 tahun. Saya dicaci dan bertahan. Saya hanya mahu berbincang dengan awak menerusi peguam sahaja mulai sekarang. Tolong faham. Saya berusaha keras untuk Hook dan saya tak mahu perkara ini menjadi lebih teruk. Sila hubungi saya menerusi peguam sekarang.

Nantikan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...