Ikuti Kami:

“Dalam Setahun Ini, Kita Saling Menyakiti..” – Lee Seunggi Ulas Hubungan Cinta Dengan Lee Dain

“Dalam Setahun Ini, Kita Saling Menyakiti..” – Lee Seunggi Ulas Hubungan Cinta Dengan Lee Dain

Lebih senang mendiamkan diri, Lee Seung-gi akhirnya membuka mulut mengenai hubungan cinta bersama Lee Da-in dalam sebuah entri panjang di laman rasminya.

Katanya,

Saya merasakan bahawa kita kurang berkomunikasi dan banyak tersakiti sepanjang tahun ini. Jadi mengambil kira hal ini dalam masa yang panjang, saya memilih untuk meluahkannya buat anda.

Tambahnya,

Pertama sekali, saya memilih untuk mendiamkan diri dala  kekeliruan ini. Saya percaya segala percakapan yang dilakukan secara beremosi tidak akan menyampaikan niat saya dengan jelas. Saya terfikir, ‘Kalau saya cakap sesutu, saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar dan menyakiti semua orang.

lee seunggi

Sambung Lee Seung-gi lagi,

Yang kedua, saya risau komunikasi dan cerita kita tersebar dan disalah faham. Ianya akan menyakiti tamai orang dan dijadikan bahan gosip untuk orang lain. Jadi, saya berharap anda faham mengapa saya mengelak untuk mendedahkan posisi senditi untuk menjelaskan isu ini.

Turut menyentuh mengenai kehidupan cintanya, kata Lee Seung-gi,

Disebabkan tiada perubahan mengenai posisi sendiri dan kehidupan peribadi sejak berita hubungan cinta itu didedahkan, saya tidak membuat sebarang komen tambahan mengenainya selain tidak merasakan keperluan untuk melakukannya.

lee dain

Akhir kata,

Saya memohon maaf jika menyusahkan sesiapa dengan isu ini dan berharap agar dapat memujuk anda semua. Sila salahkan saya atas kekurangan ni dan saya berharap agar anda memahami apa yang saya lalui.

Pada tahun lalu, Lee Seung-gi dan Lee Da-in mendedahkan bahawa mereka sedang bercinta apabila khabar angin berterbangan. Pada ketika itu, kata Lee Da-in,

Kami berjumpa sebagai senior dan junior dan sedang mengenali satu sama lain dengan baik sejak 5 – 6 bulan lalu.

Semoga hubungan mereka baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...