Ikuti Kami:

“Saya Minta Maaf” – Park Sodam Buat Penampilan Umum Pertama Sejak Pembedahan Kanser Tiroid

“Saya Minta Maaf” – Park Sodam Buat Penampilan Umum Pertama Sejak Pembedahan Kanser Tiroid

Selepas kongsi hidapi kanser tiroid pada awal Januari lalu, pelakon Park So-dam akhirnya muncul di khayalak ramai buat kali pertama.

Bagi yang belum tahu, pada Januari lalu, Park So-dam telah berkongsi bahawa dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan yang disebabkan kanser tiroid.

Terbaru pada 19 Disember, Park So-dam telah menghadiri sidang akhbar untuk filemnya akan datang berjudul “Phantom”, di mana dia bercakap tentang kemunculan semulanya.

Park So-dam pada awalnya meminta maaf kepada peminat, dengan berkata,

Saya minta maaf kerana menyebabkan ramai orang risau tentang saya. Saya sentiasa memberitahu peminat saya untuk sihat, dari segi fizikal dan dalaman, tetapi saya tidak dapat menunaikan janji itu, dan untuk itu, saya minta maaf.

park sodam

Kemudian, pelakon itu turut berterima kasih kepada pengarah filem “Phantom”, dengan menyatakan bahawa dia menerima kekuatan untuk meneruskan penggambaran. Jelasnya,

Saya bertemu projek ini ketika saya benar-benar bergelut. Saya terus berterima kasih kepada pengarah sehingga ke hari ini kerana dia memegang tangan saya ketika itu, yang memberi saya keberanian untuk merebut peluang ini. Walaupun saya bimbang kerana penggambaran filem ini dilakukan ketika saya sedang letih mental dan fizikal, saya gembira kerana saya bertemu dengan pelakon senior yang baik.

Dalam pada itu, “Phantom” ialah sebuah filem aksi pengintip berlatarkan era penjajahan dan mengikuti sekumpulan individu yang semuanya disyaki sebagai pengintip yang dikenali sebagai ‘Phantom’. Ianya turut dibintangi pelakon lain seperti Honey Lee, Park Hae-soo dan Seo Hyun-woo.

Semoga Park So-dam sentiasa sihat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...