Selepas Kongsi Hidapi Kanser Thyroid, Park Sodam Sapa Peminat Dengan Surat Tulisan Tangan
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Park So-dam menulis surat buat peminatnya.
Pada Disember lepas, dimaklumkan bahawa Park So-dam telah selesai menjalani pembedahan yang disebakan kanser thyroid.
Seterusnya pada 4 Januari, Park So-dam telah memuat naik foto surat tulisan tangan melalui Instagramnya, untuk mempromosikan filem baharunya “Special Delivery” dan menyambut peminatnya untuk tahun baharu.
https://www.instagram.com/p/CYTdOl0B80U/?utm_source=ig_web_copy_link
Di dalam surat itu tertulis,
Hai, ini Park So-dam. Empat musim telah berlalu dan musim sejuk telah datang lagi dan saya rasa ia memberitahu kita bahawa kita mesti memulakan tahun baru semula. Awak telah bekerja dengan begitu keras pada tahun 2021. Saya berharap kebahagiaan itu disampaikan khas kepada anda pada tahun 2022 dengan ‘Special Delivery’. Semoga anda mempunyai tahun yang bahagia. Juga, sama-samalah kita sihat minda dan badan. Saya harap masa saya dapat meluahkan isi hati saya secara bersemuka datang dengan cepat. Saya sangat merindui awak. Terima kasih. Semoga dapat tahun yang diberkati dan selamat tahun baru!

Jangan lupa nantikan filem baharu Park So-dam, “Special Delivery”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




